Parlimen bubar Jumaat ini?

UPDATE:
Nazri Aziz juga memberi bayangan Parlimen dibubarkan Jumaat, 6 Mac kerana sidang Parlimen berakhir Khamis 5 Mac. Mesyuarat Kabinet juga ditangguh sehingga Jumaat.

POST ASAL:


Ini lagi panas beb!

Khabarnya Najib sudah mendapat ilham untuk bubar Parlimen dan khabarnya tarikh pembubaran itu ialah Jumaat ini, 6 April 2018.

Ilham ini diperoleh selepas dua RUU telah mendapat kelulusan di Dewan Rakyat iaitu RUU persempadanan semula PRU dan juga RUU Antiberita Tidak Benar. Kedua-dua RUU penting bagi melancarkan perjalanan PRU-14.

Khabarnya tarikh itu dipilih kerana pada keesokan harinya iaitu 7 April (yang ini sahih dan jemputan sudah diedar) Najib akan umumkan manifesto BN di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Pemilihan 6 April juga katanya bagi mengambil berkat hari Jumaat.

Ops.. jangan marah aku kalau bila sampai harinya perkara itu tidak berlaku. Ini maklumat yang masuk ke telinga aku malam tadi. Sahih tak sahih aku tak bolehlah nak pastinya. Kenalah tunggu harinya.

Siapa yang nak pastikannya kenalah tunggu depan pintu Istana Negara dan pantau kalau-kalau ada kelibat kenderaan Najib masuk ke istana. Maknanya nak mengadap Agong untuk dapat perkenan bubar Parlimen lah tu.

Aku sendiri tak kuasa nak tunggu depa. Tunggulah Najib umum habis cerita. Yang pasti PRU-14 tetap akan diadakan tahun ini, sedikit masa lagi.

Kena bersabar jeh...!
Parlimen bubar Jumaat ini? Parlimen bubar Jumaat ini? Reviewed by mesin taip buruk on 4/03/2018 12:30:00 PM Rating: 5

1 comment:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.