Si manis PRU-14

PRU-14 menyaksikan penampilan calon-calon muda termasuk kalangan wanita oleh parti-parti yang bertanding. Malah ada di kalangan calon terbabit boleh dikategorikan sebagai 'si manis PRU-14' kerana mempunyai wajah yang cantik, menawan dan menarik perhatian.

Berikut senarai calon-calon wanita menawan yang sempat MTB kumpulkan:

JO-ANNA SUE HENLEY RAMPAS (Warisan)


Menduduki tangga teratas carta ialah Naib Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah. Wanita berusia 29 tahun ini merupakan bekas juara Ratu Unduk Ngadau Pesta Kaamatan pada 2007 dan muncul naib juara Bintang RTM dua tahun berikutnya. Ertinya selain mempunyai paras rupa yang menawan, bersuara lunak tetapi juga bijak, selaku pemegang ijazah undang-undang.

Kecantikan Jo-Anna Sue bukan sahaja menjadi tumpuan pengundi di N.11 DUN Kiulu, kerusi yang ditandinginya, tetapi juga bagi setiap mata yang memandangnya.

Beliau akan mencabar penyandang kerusi DUN tersebut iaitu Datuk Joniston Bangkuai (BN), bekas wartawan NST. Selain Jo-Anna Sue dan Joniston, DUN Kiulu juga bakal disaingi oleh Gaibin Ransoio (PCS) dan Terence Sinti dari parti Solidariti.

YOUNG SYEFURA OTHMAN (PKR - DAP)



Wanita yang lebih mesra dengan panggilan Rara ini merupakan Penolong Setiausaha Kebangsaan Wanita DAP. Kehadirannya bersama Dyana Sofya yang mewakili wanita muda DAP menarik perhatian banyak pihak, baik kalangan pro-pembangkang mahupun kerajaan.

Pada PRU-14, Rara, 29 tahun, akan mencuba nasib buat kali pertama dicalonkan atas tiket PKR (DAP) di N.34 Ketari dan akan berdepan dengan Lau Hoi Keong (BN) dan Roslan Md. Esa (Pas).

JENICE LEE YING HA (PRM)



Tidak kurang menawan ialah bekas ADUN Teratai ini. Dia mula bertanding dalam PRU-12 pada tahun 2008 atas tiket DAP pada usia 28 tahun, menewaskan calon BN pada masa itu.

Bagaimana pun sebelum PRU-13, dia dipecat sebagai ahli DAP dan bertanding atas tiket Bebas di DUN Teratai tetapi tewas.

Dalam usia 38 tahun, lulusan Hubungan Antarabangsa, Politik dan Ekonomi dari Universiti Sydney ini, Jenice akan bertanding di Parlimen Pandan serta DUN Teratai pada PRU-14 kali ini.

Di P.100 Pandan, beliau akan berhadapan dengan lima penjuru iaitu Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail (PKR), Mohd. Sukri Omar (Pas), Leong Kok Wee (BN) dan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz (Bebas).

Manakala bagi N.22 Teratai, Jenice akan bertembung dengan Ben Liew (BN), Mohd Irman Abdul Wahab (Pas) dan penyandang, Lai Wai Chong (PKR - DAP).

CHAN QUIN ER (BN)


Tidak mahu kalah, BN turut tampilkan calon wanita muda dan berperwatakan menarik. Quin Er, seorang peguam akan menentang wanita besi DAP, Teresa Kok di P.122 Seputeh yang kita ketahui sukar ditembusi sejak sekian lama.

Quin Er yang dilahirkan pada 7 Mac 1987 juga merupakan guru vokal, pengacara majlis, selain menjadi pakar motivasi.


Ini adalah sebahagian daripada calon-calon yang MTB rasakan layak untuk dikategorikan sebagai si-manis PRU-14. Mungkinn korang bersetuju dengan aku, mungkin juga tidak.

Kalau korang rasa ada calon lain yang lebih menawan, boleh cadangkan dalam komentar di bawah. Huhu....

Si manis PRU-14 Si manis PRU-14 Reviewed by mesin taip buruk on 4/29/2018 09:00:00 AM Rating: 5

2 comments:

  1. Anonymous29/4/18 17:01

    kecikkkkkk ati Zuraidah mak lampir...tak tersenarai sebagai si jambu PRU14...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.