Apa lagi Shahidan mau?


Negeri paling kecil dalam Malaysia tapi kecoh pasal pelantikan MB bukan main, sampai raja pun sanggup derhaka. Semuanya angkara 10 budak hitam diketuai Shahidan Kassim yang menolak pelantikan Azlan Man sebagai MB.

Azlan bukan orang baru, dia dah jadi MB penggal lepas. Pelantikan selepas PRU13 tak ada pun kecoh, sedangkan kali ini pula bising-bising. Nampaknya drama 2008 berulang angkara Shahidan ditolak Raja Perlis untuk ditabal sebagai MB pada masa itu. Shahidan dah jadi MB mulai 1995 sampailah 2008 apabila Raja Perlis tak perkenan beliau jadi MB. Maka Mat Isa Sabu dipilih sebagai MB.

Shahidan masa tu bukan main marah. Konon katanya, kalau lantik MB yang lebih muda tak apa juga, ini lebih tua dari dia.  Mat Isa lahir tahun 1946 manakala Shahidan 1951. Kiralah sendiri perbezaan umur mereka. Kemudian pada 2013, Shahidan bertanding di Parlimen dan Azlan dilantik jadi MB. Walaupun Azlan MB, tapi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Pengerusi BN tetap dipegang oleh Shahidan.

Selepas PRU14, Shahidan dikatakan hanya kemukakan satu nama kepada Raja Perlis untuk calon MB iaitu adiknya Ismail yang kemudian ditolak kerana menurut Raja Perlis, baginda tidak mahu MB bersifat boneka - semua dikawal oleh orang lain (abang).

Maka mengamoklah Shahidan dan diangkutnya semua 9 ADUN BN yang menang ke KL, jumpa Zahid, jumpa Hisham. Tapi mereka pun tak boleh buat apa-apa sebab Raja Perlis dan tabalkan Azlan sebagai MB. Tak puas hati Shahidan "serang" Raja Perlis dan minta baginda tak campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri. Aku gelak...

Persoalannya, kenapa Shahidan beriya-iya sangat nak jadi MB? Tak dapat diri sendiri, adiknya pula dijadikan "proksi". Sedangkan beliau dah jadi MB selama 13 tahun. Apa lagi Shahidan mau? Nak kaut kekayaan negeri, Perlis mana ada hasil bumi macam negeri lain. Cuma harapkan mangga harumanis dan minyak gamat saja. Itu pun cilok gamat dari Langkawi.

Betullah orang cakap Shahidan ni jenis politik warlord, semua nak dibolotnya. Dalam keadaan BN yang kalah teruk dalam PRU lepas masih lagi tak sedar diri, masih nak berbangga dengan kemenangan BN di Perlis.

Aku fikir orang macam ni tak perlulah ada dalam parti lagi. Bukan sahaja menambah buruk imej UMNO yang kini punah ranah, malah menampakkan ketamakan pemimpin UMNO di mata rakyat. Kalau macam ni keaadannya tak mustahil PRU15 nanti, BN jadi pembangkang di Perlis. Tak usah nak bongkak... rakyat memerhati!

Cara nak hukum pemimpin macam ni, selain menerusi PRU ialah dalam pemilihan UMNO nanti. Orang UMNO khususnya orang Perlis berhentilah bergantung hidup pada Shahidan dan berubahlah. Tak perlulah memilih pemimpin seperti ini lagi. Humban saja dalam sawah padi, biar dia sedar diri.

Persoalannya.... berani ke?
Apa lagi Shahidan mau? Apa lagi Shahidan mau? Reviewed by mesin taip buruk on 5/25/2018 08:00:00 AM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.