Apa muslihat Mahathir lantik Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan?


Mat Sabu Menteri Pertahanan? #WTF

Itulah kata-kata yang aku dengar selepas PM-7  Mahathir Mohamad mengumumkan sebahagian barisan Kabinetnya hari ini. Mat Sabu yang pernah mengangkat pejuang komunis, Mat Indera yang mengetuai serangan Bukit Kepong semasa zaman darurat dahulu sebagai pejuang negara, kini menguruskan hal ehwal ketenteraan termasuk kalangan veteran tentera ATM.

Apa muslihat Mahathir meletakkan Presiden PAN ini sebagai Menteri Pertahanan tidaklah aku ketahui tetapi aku memang faham benar kelicikan Mahathir, bukan semasa dia menjadi PM-7 kali ini malah nun ketika dia menjadi PM-4 selama 22 tahun sebelum ini lagi.

Ada dua kemungkinan kenapa Mat Sabu, seorang pemimpin mulut celupar dan longkang ini dipilih oleh Mahathir untuk menguruskan pertahanan negara, iaitu pertama supaya para tentera terutama bekas perajurit dan askar Melayu yang selama ini bencikan Mat Sabu kerana seolah-oleh menyokong perjuangan komunis hilang kebenciannya terhadap pemimpin ini?


Atau ada kemungkinan Mahathir mahu Mat Sabu memahami soal ketenteraan negara agar dia faham yang mana pejuang sebenar negara dan yang mana pejuang komunis, sekali gus memperbetulkan persepsi dalam kepala otak Mat Sabu tentang komunis.

Atau Mat Sabu hanyalah proksi kepada tangan-tangan ghaib lain yang akan menguruskan hal ehwal pertahanan negara ini? Kalau benar, aku harap ia datang dari Perdana Menteri sendiri dan bukannya pihak-pihak lain yang mempunyai agenda tertentu. Bukan menuduh, prejudis tapi bimbang....

Atau apakah Mahathir tidak ada pilihan memandangkan Mat Sabu sebagai Presiden PAN seharusnya diberi jawatan kanan dalam Kabinet, maka lebih sesuai menjaga tentera daripada menjaga polis (Kementerian Dalam Negeri) yang boleh mencetuskan hubungan tidak baik dengan pihak PDRM khususnya veteran polis?

Apa pun alasan Mahathir, ramai melihat pemilihan Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan amat tidak kena memandangkan tugas Menteri Pertahanan bukannya berceramah keliling kampung, iaitu kemahiran yang dimiliki oleh Mat Sabu sebagai "ayam sabung" baik ketika dalam Pas atau semasa mengetuai PAN.

Sebaliknya tugas Menteri Pertahanan adalah sentiasa berhubung dengan para menteri pertahanan dari seluruh negara, terutama sering mengadakan mesyuarat dan pertemuan dengan para menteri dan jeneral perang dari negara-negara asing. Sehubungan itu, ramai yang mempersoal kemampuan Mat Sabu, yang mempunyai pendidikan tertinggi Diploma Kulinari dari ITM ini.

Malah ada juga yang mula membandingkan Mat Sabu dengan kemampuan Hishammuddin, walaupun lebih dikenali sebagai "menteri amaran" tetapi Hisham dikatakan telah menyerlahkan kemampuannya dalam mengendalikan keselamatan negara, kebajikan para tentera dan para veteran

Selain Mat Sabu yang dilantik sebagai Menteri Pertahanan, Mahathir turut mengumumkan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan manakala Muhyiddin Yassin pula bertindak sebagai Menteri Dalam Negeri.

Bagi aku, inilah Malaysia Baru yang diidamkan oleh rakyat Malaysia terutama golongan muda. Negara Malaysia yang bebas, sama-rata dan tidak ada mana-mana kaum mendapat keistimewaan. Apa salah kalau Guan Eng menjadi Menteri Kewangan? Malah mereka tidak peduli kalau Setiausaha Agung DAP itu menjadi PM sekali pun.

Bagi mereka, lebih baik serahkan urusan kewangan negara kepada wakil kaum Cina daripada bagi kepada menteri Melayu yang rasuah, makan duit rakyat dan songlap duit negara. Tak gitu??
Apa muslihat Mahathir lantik Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan? Apa muslihat Mahathir lantik Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan? Reviewed by mesin taip buruk on 5/12/2018 11:07:00 PM Rating: 5

6 comments:

  1. Anonymous12/5/18 23:53

    tak ada ke orang yg agak segak dan kelihatan berwibawa bila sesekali beruniform tentera nanti...fizikal mat sabu langsung takde tokoh....
    ...memalukan malaysia dan rakyat nya...
    tapi apa nak dihairankan...yg melantik pun mata dah kelabu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada rotan, akar pun jadi hehehe...

      Delete
  2. Anonymous13/5/18 02:00

    Beza nya penulis blog dan PM yang dah terbukti...lu pikir lah sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bezanya PM pernah jadi Presiden UMNO lebih 20 tahun dan aku jadi bloggers dah 10 tahun. Kau jadi penyokong PH baru berapa bulan? Hehehe...

      Delete
  3. Anonymous13/5/18 15:53

    masing2 sudah mula rindu zaman Najib..maki hamun setiap masa najib & the team coolje...buat kerja tidak mahu lakukan fitnah..
    bayangkan bunga 12 kerusi boleh dapt 2 menteri penoh? dun ciput boleh dapat menteri besar di johor & perak..pandir langsong tiada??
    madey #NotMyPM

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.