Syed Saddiq... Si jambu pooojaaan Malaya

Sejak Syed Saddiq ni menang PRU-14 di Parlimen Muar, aku rasa saham dia melonjak-lonjak berkali ganda. Apa tidaknya, sudahlah hebat berpidato, muda, jambu pulak tu. Hik hik hik...

Maka ramailah anak muda terutama gadis-gadis dan mak-mak gadis yang tergila-gilakannya. Malah ada mak-mak janda atau bini orang sanggup tinggalkan anak kecik mereka semata-mata nak menatap Syed Saddiq dari dekat... hahaha (hat ni aku agak jeh... jangan marah dik)

Hebat pukulan tsunami Syed Saddiq ini hampir menyamai zaman kegemilangan bintang Akademi Fantasia,  Mawi pada 2005 dan 2006 sehingga berlaku badai Tsumawi lah katakan.

Syed Saddiq apa kurangnya. Ke mana sahaja pergi akan menjadi perhatian. Ramai budak-budak perempuan terkinja-kinja keseronokan bila terpandang wajah Syed Saddiq. Populariti anak muda dari Johor Bahru ini menenggelamkan Ahli Parlimen yang menggelarkan dirinya "dark, tall dan handsome". Tak hairan kalau saluran anak muda memberi undi solid kepada pemuda 26 tahun ini semasa PRU-14 tempoh hari.

Bahkan ramai netizen yang begitu marah apabila ada artis-artis yang cuba mendekati Syed Saddiq. Neelofa dan Emma Maembong antara artis yang dikecam kerana cuba 'mendekati' Ketua Armada PPBM ini. Maka keluarlah ayat-ayat "jangan ganggu Syed Saddiq" atau jangan nak reka #lofadiq.

Khabarnya kehenseman Syed Saddiq juga menjadi kegilaan kalangan LGBT. Huhu... hati-hati dik terutama yang seorang itu, yang baru keluar penjara kerana kes liwat. Jangan sampai jadi mangsa terbaru, ops!

Bagi mereka yang gilakan Syed Saddiq, meh aku tempek gambar-gambar beliau yang aku selongkar kat Google. Hak hak hak....

Bekas Juara Debat Asia ini menjadi kegilaan ramai anak gadis di luar sana.

Bijak dan jambu memang boleh buat modal tarik pengikut.

Mana awek-awek tak tergilakan si Syed ni... 

Lepas menang debat di Manila, apa salahnya pergi meraikan kemenangan bersama rakan-rakan dan perserta lain di night-club, ya dak?

Ramai cemburu tengok Syed di sebelah Neelofa. Hahaha...


Dengan mak sendiri takkan nak marah kut?

Bertuah badan korang ya... dapat pelukan jejaka Malaya terakhir... 

Teman tapi mesra ke tuuu??? Ops... gambar lama!

Uih... hak ni kena hati-hati dik. Dua kali kes sama masuk dalam... hahahahah

Syed Saddiq... Si jambu pooojaaan Malaya Syed Saddiq... Si jambu pooojaaan Malaya Reviewed by mesin taip buruk on 5/18/2018 03:37:00 PM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.