Azmin PM kelapan, bukan Anwar...???


Aku tertanya-tanya apa yang ditawarkan oleh Mahathir kepada Azmin sehingga Timbalan Presiden PKR itu sanggup lepas jawatan MB Selangor semata-mata nak pegang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi?

Kalau nak dikira jawatan menteri itu bukanlah kanan sepertimana dipegang oleh Muhyiddin, Mat Sabu dan Lim Guan Eng. Tetapi kenapa Azmin sedia lepaskan kerusi MB yang dianggap empuk apatah lagi memegang sebuah negeri yang kaya, besar dan stabil.

Kenapa Azmin sanggup pecah kepala naki fikir soal ekonomi negara sedangkan dia sepatutnya lebih selesa jadi MB, menguruskan negeri yang telah 10 tahun dipegang. Apa sangat nak dibanding jadi menteri?

Lalu aku risik-risiklah dengan beberapa pihak yang berkenaan. Lalu keluarlah teori konspirasi bahawa ada kemungkinan Mahathir menawarkan sesuatu yang lebih besar selain sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi... emmm kerusi Perdana Menteri misalnya? Siapa tahu...

Sebab aku cukup masak dan faham dengan Mahathir yang sering kali melakukan sesuatu yang kadang kala diluar otak fikiran manusia biasa. Benar dia bebaskan Anwar Ibrahim dan menjanjikan kerusi PM kepada bekas TPM yang dipenjarakannya itu, tetapi harus dilihat juga kelicikan Mahathir.

Ramai yang berpendapat Mahathir tidak akan melepaskan kerusi PM kepada Anwar. Buktinya walaupun dia berjanji untuk pegang selama dua tahun (sehingga 2020 kut) tapi Mahathir juga tahu pergerakan Anwar untuk "merampas" kerusi PM lebih awal. Gerakannya sudah kelihatan... Lagipun dia tentu faham benar dengan fiil Anwar dalam banyak segi. Justeru, tidak mudah untuk Mahathir menyerahkan jawatan PM kepada pemimpin yang mempunyai hubungan baik dengan pihak-pihak Barat itu.

Lalu, kalau bukan Anwar jadi pilihan sebagai PM, siapakah yang akan dipilih oleh Mahathir untuk menggantikannya? Jawapannya... Azmin. Ya, Azmin seorang pelajar yang hebat yang ditemui oleh Mahathir semasa melawat Amerika ketika dia menjadi PM-4 dahulu, lalu selepas Azmin pulang ditempatkan Azmin di pejabatnya sebelum kemudiannya Anwar 'berkenan' dan meminjam Azmin untuk dibawa ke pejabatnya. Lalu Azmin kekal menjadi orang kanan Anwar sehingga kini.

Namun Azmin sudah tentu tidak akan melupakan jasa Mahathir yang mengambilnya sebagai 'anak angkat', diberikan didikan selok-belok pentadbiran negara dan juga dalam soal politik. Walaupun Azmin pernah menentang Mahathir disebabkan tindakan PM-4 memenjarakan Anwar, namun sudah tentu Azmin tidak menolak jika Mahathir tawarkan tempatnya kepada Azmin sebagai PM-8.

Ya, Azmin yang akan menggantikan Mahathir sebagai PM-8 dan bukannya Anwar. Dan tawaran itu terlalu besar yang tidak boleh ditolak oleh Azmin sehingga dia sanggup melepaskan kerusi MB Selangor. Meletakkan Azmin juga bertujuan untuk meredam pengaruh Anwar kerana Mahathir amat faham 'kehebatan' Azmin, anak angkatnya itu.

Itulah cakap-cakap yang berlegar dalam alam maya sekarang dan aku percaya Mahathir sengaja meletakkan Azmin di kementerian ekonomi untuk membolehkan Azmin faham tentang selok belok ekonomi negara yang nantinya akan memudahkan dia jika ditabal menjadi PM-8.

Mahathir... Seorang pemimpin licik, berwawasan dan seringkali lakukan kejutan. Semuanya tidak mustahil berlaku... Kalau betullah Azmin jadi PM-8, apa tindakan Anwar selepas itu?

Kita tunggu dan lihat.... (sambil makan popcorn)
Azmin PM kelapan, bukan Anwar...??? Azmin PM kelapan, bukan Anwar...??? Reviewed by mesintaipburuk on 5/24/2018 04:19:00 PM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.