Perhimpunan Merdeka Rakyat... Untuk apa lagi?


Ramai yang tertanya-tanya tujuan kerajaan PH mengadakan perhimpunan di Padang MPPJ hadapan Amcorp Mall malam tadi atau dinamakan Perhimpunan Merdeka Rakyat yang dikatakan menarik puluhan ribu penyokong kerajaan. Malah ia turut disiarkan secara langsung oleh RTM dan di-pick-up oleh rangkaian TV Media Prima  - TV3, TV7 dan TV9. Untuk apa???

Mereka tak faham kenapa perlu lagi perhimpunan seperti itu sedangkan Anwar sudah dibebaskan, PH sudah menjadi kerajaan dan Najib serta BN/UMNO sudah berjaya ditumbangkan. Perlukah lagi Anwar berkempen?

Bagi aku perhimpunan tersebut tidak lain tujuannya ialah:

1. Mengembalikan aura Anwar yang kita semua maklum sudah ditenggelami oleh aura Mahathir sepanjang sebelum dan semasa kempen PRU-14 lalu. Semua maklum kemenangan PH dalam pilihan raya tersebut adalah hasil gerakan Mahathir dan bukannya Anwar atau Wan Azizah atau Mat Sabu.

2.  Menunjukkan bahawa Anwar seorang pemimpin yang bersih dan hukuman yang dihadapi adalah kerana politik dan bukan jenayah liwat yang dilakukannya. Dia juga menggunakan platform itu untuk menunjukkan bahawa dia  seorang yang baik, jujur dan sayangkan rakyat serta tidak bercita-cita besar untuk mengejar jawatan dalam kerajaan.

3. Memberi amaran kepada Mahathir bahawa Anwar masih mempunyai pengaruh yang kuat terutama sokongan daripada rakyat. Buktinya ribuan orang membanjiri padang tersebut semata-mata nak mendengar pidatonya.

4. Melepaskan gian selepas tidak dapat berkempen dalam PRU-14 sebelum ini. Malah dia sendiri mengakui dia gian untuk berpidato selepas tiga tahun tidak dapat berbuat demikian.


Tapi bagi generasi berusia 40 tahun dan ke atas macam aku, pidato Anwar hanyalah mengulangi skrip lama - menunjukkan hubungannya baiknya dengan PM Turki dan ulama terkenal, Yusoff Al-Qaradawi. Malah skrip "anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya, anak India anak saya" masih lagi dijaja.

Jelas perhimpunan tersebut tidak memberi kesan apa-apa kepada rakyat, kerajaan yang kini dikuasai PH dan parti lawannya yang kita sudah "hilang kuasa". Lalu perlukah Anwar mengorbankan masa rehatnya semata-mata untuk menghadiri perhimpunan yang tidak perlu dan tidak mustahak?

Bukankah lebih baik Anwar berehat bersama keluarga seperti mana yang dinyatakan oleh isterinya sendiri sebelum ini yang Anwar akan berehat beberapa seketika sebelum kembali dalam politik. Nyata, ucapan Wan Azizah hanya bertahan beberapa jam kerana sejak dia keluar dari penjara (melalui Pusat Rehabilitasi Cheras) petang tadi sehingga malam ini, Anwar terus "berkempen" seolah-olah mereka masih lagi pembangkang dan seolah-olah BN masih berkuasa.

Nasihat aku... cukup-cukuplah berkempen dan berpolitik. Tiba masa bekerja, tadbir negara dan bantu kerajaan agar dapat melangsaikan 10 janji dalam masa 100 hari seperti diwar-warkan dalam manifesto dan kempen PH sebelum ini.

Move on Anwar... move on!
Perhimpunan Merdeka Rakyat... Untuk apa lagi? Perhimpunan Merdeka Rakyat... Untuk apa lagi? Reviewed by mesin taip buruk on 5/17/2018 09:00:00 AM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.