Selamat mengundi... jangan lupa bawa IC


Marilah mari
Pergi mengundi
Jangan lupa kewajipan
Pada negara...

Hari ini merupakan hari penentuan parti mana akan menerajui kerajaan Malaysia untuk tempoh lima tahun lagi. Apakah BN akan terus diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara atau gabungan pembangkang - PKR, DAP, PPBM dan PAN yang diketuai Mahathir dan Lim Kit Siang akan menumbangkan Najib Razak dan pasukannya. Atau apakah Pas yang dianggap parti underdog dalam PRU-14 akan membuat kejutan?

Semuanya akan terjawab hari ini apabila 15 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi menunaikan tanggungjawab mereka seawal 8 pagi hingga 5 petang nanti.

Dalam hal ini aku tak mahu komen mengenai siapa yang menang atau kalah kerana itu semua bakal diketahui malam ini atau awal pagi nanti. Lagipun aku dah buat jangkaan sebelum ini, sama ada tepat atau tersasar jauh atau sipi-sipi, kita tengok sajalah nanti.

Cuma aku nak ingatkan kepada penyokong-penyokong terutama dari parti pembangkang bahawa tidak ada dalam dunia ini keputusan pilihan raya dapat diketahui tidak sampai 12 jam selepas pusat pengundian ditutup melainkan pilihan raya umum di Malaysia sahaja.

Ini bermakna Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diberi tanggungjawab oleh kerajaan untuk mengatur dan menyelaras pilihan raya di negara ini begitu cekap dan aku yakin paling hebat lah dalam dunia ni...

Masakan tidak. Ketika di negara lain, termasuk dalam pemilihan Presiden Amerika sekali pun, keputusan pilihan raya mereka akan diketahui dalam tempoh lebih daripada 24 jam. Kena negara besar macam Indonesia, tudia... dua bulan baru dapat keputusan. Begitu juga dengan negara-negara jiran lain termasuk Thailand dan Filipina.

Aku tak boleh bayangkan apa akan jadi dengan rakyat Malaysia khususnya mereka yang mendukung pembangkang apabila keputusan pilihan raya kita hanya diketahui dalam masa seminggu? Kalau tak sampai bakar ibu pejabat SPR, mahu berlaku rusuhan depan Sogo atau seluruh negara. Netizen jangan ceritalah, mahu pecat handphone kerana bashing kerajaan dan SPR.

Tapi biasalah puak-puak ni. Bila kita suruh banding agensi pengurusan pilihan raya di luar negara mulalah duk kata "buat apa sibuk negara orang, jaga negara sendiri sudahlah...". Jenis Fatiya punya pemikiran. Orang suruh buat bandingan supaya kita tahu di mana kedudukan kita berbanding dengan orang lain. Tak adalah syok sendiri macam sesetengah pemimpin parti pembangkang. Tengok view FB Live dah yakin sangat dah boleh menang PRU-14. Tahik!

Dah banyak kali aku pergi dengar taklimat SPR tentang perjalanan pilihan raya ini dan aku tak nampak di mana kecacatan dan peluang bagi Najib dan kerajaan BN nak memanipulasi kertas undi, baik pengundi hantu, pengundi Bangla dan lain-lain jenis mak nenek penipuan lagi. Bukan zaman Najib saja, malah zaman Mahathir jadi PM. Dan dari masa ke semasa sudah tentu SPR akan mempertingkatkan kecekapannya bagi melaksanakan proses pilihan raya lebih cekap dan terbaik.

Lagi pun masa proses pengundian dan pengiraan undi pun, semua parti politik yang bertanding dibolehkan menghantar wakil masing-masing untuk melihat proses tersebut. Tapi kalau mereka tak hantar wakil, itu bukan salah SPR atau kerajaan kan? Jangan ceritalah pasal pemerhati luar, sebab letaklah wakil PBB atau FBI pun, mereka sukar nak jumpa kecacatan dalam proses (keseluruhan) PRU di negara kita. Malah dalam PRU sebelum ni SPR ada benarkan pemerhati luar berada dalam tempat buang dan kira undi, tapi BN tetap juga menang dan mereka tidak ada buat sebarang kenyataan mendakwa berlaku penipuan.

Secara lojiknya kalaulah kerajaan BN boleh memanipulasi kertas undi, sudah tentu Pulau Pinang, Selangor dan Perak sebelum ini tak akan jatuh ke tangan pembangkang. Bodohkah BN nak lepaskan Selangor begitu saja? Sudah tentu (kalau benar boleh tipu keputusan) sah-sahlah pembangkang tak boleh menang dan BN akan terus kuasai semua 14 buah negeri.

Jadi bagi aku mudah saja. Parti yang kalah ni, mereka akan mencari alasan dengan menyalahkan pihak lain baik pihak terhadap parti lawan (kerajaan lah) atau SPR. Sebab mereka tak mahu tunjuk koman di mata penyokong mereka.

Betul, sebagai kerajaan yang memerintah sudah tentu ada kelebihan di pihak mereka tetapi bukan melalui penipuan kertas undi, pengundi hantu, Bangla dan sebab black-out dan sebagainya. Itu semua kaedah bodoh dan mudah dikesan. Hehe...

Apapun aku nak bagi tahu, semua parti yang bertanding perlu reda dengan keputusan yang dibuat oleh rakyat. Kalah menang adat bertanding. Cuma aku harap yang menang tak usah mendabik dada dan lupa segala janji-janji sebelum PRU. Manakala yang kalah pula, tak usah terpekik terlolong nak salahkan pihak lain. Ada sebab kenapa Allah tidak memberi kemenangan kepada mereka. Muhasabah diri.

Percaya pada Allah. Kalau Allah nak beri peluang kita menjadi pentadbir negara, insya-Allah kemenangan berpihak kepada anda. Kalau sebaliknya, adalah sebab kenapa kalah. Sedangkan parti Pas yang bawa perjuangan Islam dan dipimpin oleh ulama pun Allah belum berikan kemenangan di peringkat Parlimen. Cuma Allah dah serahkan Kelantan untuk ditadbir.

Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan.

Selamat mengundi & tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Selamat mengundi... jangan lupa bawa IC Selamat mengundi... jangan lupa bawa IC Reviewed by mesin taip buruk on 5/09/2018 08:24:00 AM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.