Siapa kata UMNO kalah?


"Siapa kata UMNO kalah PRU-14?" tempik seorang veteran UMNO ketika aku ajukan pertanyaan dengan perkembangan PRU-14 semasa bersarapan di warung depan pejabat aku pagi tadi.

"Kau lihat berapa kerusi UMNO menang? Kau banding dengan PKR, DAP, Pas. Kau kira siapa paling banyak menang kalau dikira parti bertanding secara tunggal?" tanyanya lagi.
Terkedu aku. Lantas aku cepat-cepat mencari info yang menunjukkan jumlah kerusi dimenangi berdasarkan pecahan parti.

UMNO = 54
PKR = 47
DAP = 41
Pas = 18
PPBM = 13
PBB (Sarawak) = 13
PAN = 11
Warisan = 8
Lain-lain = 14

Hemm... Betul juga kata pakcik ni. Maknanya dalam Dewan Rakyat, UMNO masih menguasai gelanggang. Malah pakcik ini masih yakin UMNO dapat bangkit dengan cepat jika kena percaturannya.

Malah dia begitu yakin UMNO boleh merampas kerajaan tanpa perlu ada gabungan dengan mana-mana parti termasuk MCA dan MIC.

Aku sengaja pancing menyatakan MCA, Gerakan dan MIC nak keluar dari BN dan BN mungkin dibubarkan.

"Hah... lagi bagus. Tak ada mereka senang UMNO nak buat percaturan, nak bercakap soal bangsa dan agama. Tak perlu lagi nak ambil hati rakan-rakan dalam BN," katanya dengan tegas.

Aku terdiam. Aku cuba tanya bagaimana UMNO boleh bangkit dan apakah mereka perlu bertanding secara bersendirian dalam PRU-15?

"Kenapa tak boleh? Pas boleh, UMNO lagilah boleh... Syaratnya UMNO kena bersihkan parasit-parasit yang bertempek dalam UMNO yang merosakkan parti.

"Tambah budak-budak muda ni, masuk parti nak kejar kekayaan. Dah kaya pandang kita yang tua ni pun tidak. Bongkak, angkuh." Terkedu aku mendengar luahan rasa pakcik ni. Menyesal pulak tanya.

Aku cubalah pancing-pancing siapa yang sebaiknya jadi Presiden UMNO lepas ni?

"Mat Hasan!"

Aku hanya sengeh sambil hirup teh O aku yang dah mula sejuk...
Siapa kata UMNO kalah? Siapa kata UMNO kalah? Reviewed by mesin taip buruk on 5/14/2018 12:52:00 PM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.