Uqasha Senrose ni lalok ke tak lalok?


Selebriti seksi, Uqasha Senrose dikatakan dalam keadaan lalok pil kuda ketika dia dikatakan merempuh sebuah kereta lain ketika memandu Land Rover miliknya dalam kejadian di Taman Tun Dr Ismail beberapa hari lepas.

Ketika di bawa ke balai, rupanya ada 'barang' dalam tas tangan miliknya sehingga ditahan oleh pihak polis. Bagaimanapun beberapa jam kemudian dia dibebaskan.

Macam biasa artis bila kantoi dadah mula salahkan orang lain dan dakwa mereka dianiaya. Macam Farid Kamil tempoh hari sampai beberapa rakan artisnya dipanggil ke balai dan tak semena-mena Sofi Jikan pula kantoi sebab gagal ujian air kencing.

Uqasha ni pun sama. Bila dah kantoi mula kata dia dianiaya. Ada orang cuba pekena dia. Tapi tengok keadaan semasa dia ditahan dia dalam keadaan lalok. Sebab tu sampai rempoh kereta orang. Tapi betul atau tidak dia lalok pil kuda, tak pasti sebab katanya polis tak buat dakwaan terhadapnya. Tak macam Farid Kamil, masuk lokaplah seminggu dua.

Uqasha Senrose masa di balai polis Taman Tun selepas kemalangan.
Ada soksek-soksek kata polis tak berani nak dakwa Uqasha sebab ada campur tangan pihak istana. Katanya Uqasha ada simpan nombor seseorang dari istana dan tinggal dail nombor tersebut, terus bebas. Aku tak pastilah istana mana. Mungkin istana Takeshi kut? Tak macam Farid Kamil. Walaupun ada gelaran Dato' tapi tak ada direct nombor ke pihak tertentu, maka kenalah hadap tuan hakim jugak.

Ramai juga kawan-kawan aku yang sering lepak dengan artis kata selebriti dan pil kuda ni berpisah tiada. Itulah barang yang selalu diambil kalau nak lepas tension atau nak layan lalok terutama masa clubbing. Cuma bezanya mereka ni kantoi dengan tidak saja. Sebab tu bila ada artis yang kantoi dadah ni dia tak hairan.

"Alaa... biasalah bang! Mereka artis kut? Layan pil kuda tu biasa bang."

Kata seorang kawan tanpa mendedahkan artis-artis yang terlibat dengan dadah. Tapi mereka ni bukan penagih tegar pun, cuma ambil bila nak layan 'berdengung', orang kata. Siapa yang rajin clubbing dan selalu lepak dengan artis memang tau sangat fiil artis-artis ni. Tapi aku tak berani nak tuduh sesiapa pun.

Dalam kes Uqasha ni ramai yang duk perhati pihak berkuasa. Mau tidak, dalam kenyataan awal polis kata ada 53 biji Eramin 5 atau pil kuda dalam beg tangan. Walaupun Uqasha kata ujian air kencingnya negatif, tapi dah ada barang dalam beg tangan, takkan tak ada dakwaan kan?

Takkan kes Rizalman Mokhtar berulang? Aishhh... kalau kerap sangat polis "silap tangkap" ini macam ada yang tak kena kan?

Apa pun, aku harap kes yang berlaku ni berikan kesedaran kepada Uqasha. Kalau benar dia ambil pil kuda, berhentilah. Kesian orang yang  muda, cantik, body yahut macam dia rosak kerana dadah.

Ramai yang kempunan nanti... hehehe
Uqasha Senrose ni lalok ke tak lalok? Uqasha Senrose ni lalok ke tak lalok? Reviewed by mesin taip buruk on 5/09/2018 09:10:00 AM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.