KJ cemar imej menjelang pemilihan UMNO


KJ merupakan salah satu pemimpin UMNO yang aku sendiri harapkan dapat memulih dan mengembalikan UMNO selepas gagal mempertahankan pemerintahan negara selepas 60 tahun.

Idea-ideanya sangat bernas dan diluar kotak pemikiran UMNO selama ini. Malah aku sendiri pernah mengharapkan agar Ahli Parlimen Rembau ini dapat bertanding diperingkat lebih tinggi dalam UMNO, sekurang-kurangnya Timbalan Presiden jika bukan Presiden sekali pun.

Namun, tindakan KJ yang terus mengungkit soal 1MBD sebagai punca rakyat menolak kerajaan BN adalah tidak wajar ketika rakyat sudah memilih kerajaan baharu dan Najib sendiri selaku pemimpin tertinggi parti sudah mengambil tanggungjawab dengan melepaskan jawatannya. Malah pihak berkuasa di bawah kerajaan baharu juga sedang menyiasat kes 1MDB. Lalu untuk apa KJ mengungkit-ungkit lagi isu tersebut?

Benar kata netizen-netizen prokerajaan baharu. Untuk apa KJ menyuarakan soal tersebut sedangkan selama ini beliau mengambil sikap menutup mulut kalau tidak mempertahankannya sekali pun. Kenapa beliau tidak menyuarakan soal tersebut ketika BN masih berkuasa dan Najib masih menjadi ketuanya. Kenapa selepas nasi menjadi bubur baru semua dan mengadah?

Tindakan KJ itu telah mematikan semangat aku untuk melihat beliau bersama pucuk pimpinan UMNO baharu mencorakkan semula parti dalam acuan baharu yang segar, sesuai dengan keperluan zaman kini dan akan datang. Jika selama lebih 60 tahun UMNO bertahan sebagai parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air begitu dekat dan dekat dengan rakyat, beliau sepatutnya memikirkan soal survival UMNO sebagai parti pembangkang, yang aku jangkakan akan mengambil masa lebih panjang untuk merampas semula kerajaan pusat.

Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi terakhir kira-kira tiga minggu lalu, seingat aku Zahid Hamidi telah memberikan tugas kepada KJ untuk membuat penambahbaikan bagi menstruktur semula BN dan UMNO agar kembali kukuh, namun sehingga kini belum ada kedengaran sebarang "buah fikiran bernas" KJ berhubung perkara itu, walaupun tempoh seminggu yang diberikan berakhir.

Sebaliknya, KJ membangkitkan soal punca kekalahan BN/UMNO iaitu isu 1MBD yang membelengu Najib yang aku kira seluruh rakyat mengetahuinya.

Sepatutnya KJ mengambil cabaran dan tugas tersebut untuk beliau buktikan kepada seluruh ahli bahawa beliau layak untuk mengisi salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden dengan memberikan buah fikiran bernas dan lojik tentang pembentukan semula UMNO, dan bukannya terus menerus membangkitkan soal yang semua orang sudah tahu.

Malah beliau sepatutnya menggunakan kesempatan tersebut membuktikan bahawa dialah pemimpin muda UMNO yang menjadi harapan parti untuk mengubah nasib selepas ini, dan sekali gus membuktikan cita-citanya sebelum ini -- menjadi PM dalam usia 40 tahun adalah bukan omong kosong.

KJ juga perlu buktikan bahawa penyertaannya dalam UMNO kerana kebolehannya dan bukan atas tiket "menantu bekas Presiden parti" dan perkara itu bagi aku sudah sedikit sebanyak telah dibuktikan selama menjadi Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Belia dan Sukan. Tetapi itu semasa UMNO masih menjadi penguasa, namun selepas kekalahan teruk pada PRU-14 lepas, KJ sama juga seperti pemimpin-pemimpin UMNO lain, terus tenggelam atau lebih tepat "pengsan" selepas terkena pukulan TKO.

KJ harus ingat bahawa persaingannya untuk mengisi salah satu kerusi Naib Presiden UMNO bukan langkah mudah kerana beliau bakal menghadapi persaingan daripada ramai pemimpin senior. Walaupun KJ mungkin menggunakan bekas-bekas rakan Pemuda yang kini mengisi beberapa jawatan utama diperingkat bahagian, namun beliau harus melihat kekuatan calon-calon lain.

Antara lawan yang akan dihadapi oleh KJ untuk merebut satu daripada tiga kerusi Naib Presiden ialah Khaled Nordin, Ismail Sabri, Tajuddin Rahman, Ahmad Said, Mahdzir Khalid, Johari Ghani selain beberapa nama lain yang sedang mempertimbang untuk bertanding antaranya Shahrizat Jalil dan Mas Ermieyati.

Benar, daripada senarai tersebut, KJ masih kekal antara calon popular untuk mengisi kerusi Naib Presiden tetapi jika beliau bersikap terus mempersalahkan Najib atas kekalahan UMNO/BN dalam PRU, tidak mustahil ia akan mencetuskan sentimen kebencian ahli terhadap KJ.

KJ juga harus ingat, biar apapun dalam keadaan UMNO sekarang, masih ramai ahli khususnya yang setia dengan UMNO sayangkan Najib. Mereka tidak menyalahkan Presiden atas kekalahan tempoh hari tetapi mengambil sikap sama-sama bertanggungjawab.

Jadi, nasihat aku jika KJ masih mahu menjadi PM suatu hari nanti sepertimana yang disuarakan ketika awal pembabitannya dalam parti, maka KJ perlu berhati-hati dalam menyuarakan pandangan terutama berhubung kekalahan BN/UMNO dalam PRU-14.

Sebabnya, sekarang ini bukan lagi masa untuk kita menuding jari kepada mana-mana pihak , sebaliknya masa untuk membina semula keruntuhan dengan puing-puing yang ada, kelak ia akan kembali menjadi kubu yang lebih kuat sebagai parti yang membentengi umat Islam, orang Melayu dan Perlembagaan negara.
KJ cemar imej menjelang pemilihan UMNO KJ cemar imej menjelang pemilihan UMNO Reviewed by mesin taip buruk on 6/12/2018 07:56:00 AM Rating: 5

5 comments:

  1. TN 50 pun gagal utk tarik pengundi baru inikan nak pulihkan umno. Porah KJ.

    ReplyDelete
  2. Ketua pemuda yang paling gagal

    ReplyDelete
  3. Manifesto PH penyebab BN kalah

    ReplyDelete
  4. masa ada kuasa sonbon... barlagak... ego...

    ReplyDelete
  5. after approval baru nak lepas luu makan sendiri laa..

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.