Siapa calon Ketua Wanita, Puteri? (Update)

KEMAS KINI:
Zahida mengesahkan akan bertanding kerusi Ketua Puteri UMNO. Dira walaupun ada rumors kata dia akan bertanding kerusi yang sama sehingga kini belum ada kenyataan rasmi daripadanya.

Untuk jawatan Ketua Wanita, masih belum ada sebarang pencalonan.

POS ASAL:

Zahid dah umum untuk bertanding jawatan Presiden UMNO dan Tok Mat Hasan untuk Timbalan Presiden. Bagi kerusi Naib Presiden ada beberapa calon dah umum bertanding. Begitu juga dengan kerusi Pemuda baik Ketua mahupun Naib Ketua.

Yang menjadi persoalan sekarang, siapa yang akan mencalonkan diri sebagai Ketua Wanita dan Ketua Puteri sebab sehingga hari ini belum ada mana-mana individu yang tampil untuk menduduki kerusi yang ditinggalkan Shahrizat dan Mas Ermieyati. Kedua-duanya telah mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan masing-masing.

Apakah 'ketiadaan' calon Ketua dan Naib Ketua Wanita serta Ketua dan Naib Ketua Puteri disebabkan tiadanya pengkaderan kepimpinan oleh kedua-dua sayap parti tersebut sebelum ini?

Kita semua tahu Ketua Wanita terdahulu, baik Rafidah Aziz mahupun Shahrizat merupakan figura pemimpin wanita yang lantang dan keras dan figur seperti itu perlu dikekalkan jika mahu memastikan UMNO kembali kukuh bagi menghadapi PRU-15. Wanita UMNO tidak boleh memilih pemimpin yang lembek dan longlai baik dalam percakapan mahupun gerak kerja.

Jika mahu mencari ciri-ciri pemimpin wanita seperti itu, aku tidak nampak calon lain selain Halimah Sadique. Malahan, nama Ahli Parlimen Kota Tinggi itu pernah disebut-sebut untuk bertanding kerusi Ketua Wanita pada pemilihan UMNO 2013, sebelum mengumumkan tidak bertanding sebarang jawatan selepas mengalami patah kaki menjelang pemilihan parti.

Bagi Ketua Puteri pula, tidak banyak calon yang boleh diandalkan mengambil alih kepimpinan Mas Ermieyati. Walaupun ramai yang melihat Naib Ketua Puteri, Zahida Zarik Khan boleh diketengahkan untuk menggantikan ketuanya, tapi banyak pihak melihat Puteri UMNO memerlukan pemimpin yang lebih tegas dan berwibawa. Zahida cukup hebat menjalankan gerak kerja sebelum ini tetapi dari segi kepemimpinan, mereka tidak nampak kekuatannya.

Bagaimana dengan Dira Abu Zahar? Anak bekas Ketua Menteri Melaka ini memang seorang yang bijak dalam selok-belok politik, tangkas dan tegas. Beliau tidak disenangi oleh anak-anak muda propembangkang tetapi sebenarnya beliau mempunyai aura tersendiri untuk menarik wanita muda, walaupun latar belakang sebagai artis dan 'mulut celupar'nya mungkin tidak boleh diterima oleh sesetengah ahli Puteri sendiri.

Biar apapun, hanya mutu yang mengenal manikam. Jadi kita serahkan kepada ahli-ahli Wanita dan Puteri dalam menentukan siapa yang selayaknya mengetuai sayap-sayap parti itu. Cuma aku harap mana-mana pemimpin Wanita dan Puteri yang mahu mengetuai sayap-sayap itu janganlah terlalu lama membuat keputusan.

Serahlah borang dan kemudian serahkanlah diri kepada ahli untuk tentukannya.
Siapa calon Ketua Wanita, Puteri? (Update) Siapa calon Ketua Wanita, Puteri? (Update) Reviewed by mesin taip buruk on 6/05/2018 09:28:00 AM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.